Gajah Memilih untuk Jadi Mulia

Buku ini jadi inspirasi

Coretan hamba atas apa yang sedang berlaku kala ini:

Banyak yang kita boleh pelajari daripada alam. BIla saja hamba terfikirkan hal ini, tidak boleh tidak hamba teringatkan buku kumpulan cerita pendek SN Baha Zain; Berguru Pada Binatang yang penuh dengan contoh kayanya pembelajaran yang kita boleh perolehi daripada sikap haiwan. Mari kita lihat gajah sebagai contoh sikap mulia.

Gajah tiada musuh semulajadi dikalangan haiwan. Gajah mempunyai monopoli dan duduk di atas rantaian makanan. Dia boleh pergi ke mana sahaja, buat keputusan apa saja dan buat apa sahaja yang dia mahu. Begituberkuasanya gajah dalam hutan.

Walaupun dengan kelebihan yang sebegini, gajah tidak bersikap angkuh dan sombong. Gajah tidak membuli haiwan lain. Sebaliknya, gajah dikenali sebagai haiwan yang damai, pendiam dan lemah lembut (kecuali bila mengamok). Walaupun sikap mulia ini dikenali ramai, tetapi posisi raja hutan tidak dipegang oleh gajah tetapi oleh singa. Gajah tidak pedulikan semua itu.

Sikap gajah yang menjadi tauladan ini dapat dilihat dalam cerita2 rakyat yang mana selalu meletakkan gajah sebagai contoh mulia.

Jadi, kita harus belajar daripada sikap gajah. Walaupun berkuasa, mempunyai monopoli dan berada dikedudukan paling atas pada rantaian makanan, kita tidak perlu sombong, bongkak, buat keputusan tanpa mengambil peduli kesannya pada orang lain, kejam dan sebagainya.

Yang moleknya, lebih tinggi kedudukan kita, lebih lembut pendekatan kita, lebih inklusif, lebih peka, lebih merendah diri, bukan kerana kita terpaksa tapi kerana kita boleh memilih untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang kerana kita berkuasa dan bukan menindas.